Sunday, 24 August 2014

Hati nampak seperti kayu , tapi sebenarnya ayu-ayu ;D

Assalamualikum ! hai .. tetiba malam ni terasa diri ingin tulis-tulis something , yeah lama tidak jenguk blog bahageamymy ni ..

Tajuk adalah ditujukan untuk diri sendiri . :D

Hati yang pelbagai rasa sepanjang masih bernafas di bumi Allah swt . Alhamdulillah ,masih boleh merasa nikmat di bumi Allah ini . 
- Hati yang kadang degil tapi lembut kembali , 
- Hati yang kadang keras tapi lembut bila dengar nasihat family and friends, 
- Hati yang kadang lalai dengan dunia ,tapi alhamdulillah masih sedar kembali,
- Hati yang kadang punya niat yang jahat tapi alhamdulillah masih ada positifnya ,

Ada apa dengan hati


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. 

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. 
Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". 

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan 

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54) 

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran 

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45) 

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat 

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia. 

4. Kurang mengagungkan Allah 

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah 

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Rasa diri jauh , sangat jauh .... :'( Astaghfirullah al azim (3x) 

Allah ,Allah , Allah , Allah 

Al fatihah untuk hati yang tengah lalai dengan duniawi . 

p/s aku tak siap case study lagi ! ngee . peace ^_^ 







No comments: